Posts Tagged ‘Raudhatus Sakinah’

Hi-Tea Amal 24 September: RS kumpul dana bimbing remaja puteri

KUALA LUMPUR – Pusat bimbingan remaja puteri, Raudhatus Sakinah (RS) akan menganjurkan Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 dengan tema “Indahnya Harga Diri” pada Sabtu 24 September 2011 jam 2.00 petang di Shah Alam Convention Centre (SACC), Shah Alam.

Turut hadir ke HTRS ialah Penaung Raudhatus Sakinah, YTM Tengku Besar Terengganu, Sharifah Nong Asegaff yang juga bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Majlis yang berkonsepkan talk show, hi-tea dan nasyid diadakan bagi mengumpul dana bagi pengurusan dan pembangunan RS di samping mensasarkan jaringan dengan keluarga angkat kepada anak kelahiran pelatih RS serta pihak yang berkenaan. Majlis ini juga bertujuan untuk menekankan pentingnya peranan ibu bapa dalam pentarbiyahan anak-anak dan menyedarkan keperluan amar ma’ruf nahi dipertingkatkan dalam masyarakat.

Dalam talk show, dua panelis terkenal akan dijemput iaitu Ustaz Dr Zahazan Mohamed dan Dr Rubiah K Hamzah di samping artis Wardina Safiyyah dijemput sebagai pengacara majlis. Majlis akan turut diserikan dengan persembahan kumpulan nasyid  daripada Inteam dan Demascus.

Raudhatus Sakinah yang diwujudkan sejak 1998 sebagai sebuah institusi yang memberikan perlindungan dan bimbingan kepada remaja yang menjadi mangsa gejala sosial, juga berusaha membantu remaja-remaja yang terlibat meningkatkan keyakinan dan keupayaan diri agar menjadi individu yang berguna kepada masyarakat dan agama.

Sehingga kini, RS mempunyai lima cawangan iaitu di Selangor, Kelantan, Pulau Pinang, Johor dan Melaka. Memandangkan bilangan pelatih yang meningkat saban tahun, kos operasi dan pengurusan pusat bimbingan remaja puteri ini turut meningkat dan majlis HTRS sebagai salah satu inisiatif RS mengumpul sumbangan untuk memastikan bimbingan terhadap para pelatih di RS berterusan.

Bagi mereka yang berminat menyumbang kepada RS dalam majlis ini, boleh membeli meja atau kerusi mengikut pakej yang ditawarkan iaitu Platinum RM10,000 satu meja (RM1,000 x 10 kerusi), Gold RM5,000 satu meja (RM500 x 10 kerusi),  Silver RM3,000 satu meja (RM300 x 10 kerusi) dan Bronze RM2,000/meja (RM200 x 10 kerusi).

Pembelian dan sumbangan hendaklah disalurkan ke akaun Maybank Berhad bernombor 5621 0672 0426 atas nama “RAUDHATUS SAKINAH BERHAD“. Resit sumbangan hendaklah diemel ke rsakinah@gmail.comThis e-mail address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it atau difaks ke 03-41071754.

Untuk tempahan meja atau kerusi, anda boleh menghubungi sekretariat Hi-Tea Amal Raudhatus Sakinah (HTRS) 2011 di talian 03-41073379,  03-41089669 dan 03-41053159, atau menghubungi terus nama-nama berikut

  • Puan Rosmawati Zainal : 019-2386333
  • Puan Yusnani Abd Hamid : 012-6350071
  • Puan Siti Fazhana : 013-9908814
  • Encik Joannes Lukas : 013-3040834
  • Encik Abdullah Omar : 013-2466190

Pihak sekretariat Raudhatus Sakinah sangat menghargai segala sumbangan yang diberikan dan mendoakan supaya para penyumbang diberikan tambahan dan keberkatan rezeki untuk terus menyumbang untuk amal kebajikan pada masa yang akan datang.

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS) 2010

Saya menerima email di bawah daripada Puan Rosmawati dari Raudhatus Sakinah (RS) untuk mempromosikan Malam Amal Raudhatus Sakinah. Sebenarnya, saya secara peribadi menyokong penuh semua aktiviti yang dianjurkan oleh RS.

Ramai yang merasa sedih dengan kes pembuangan bayi, dan ramai pula yang sanggup memelihara bayi yang terbiar ini. Walau bagaimanapun, Raudhatus Sakinah menyediakan ruang bukan sahaja untuk menyelamatkan bayi-bayi ini, tetapi juga   ibu bayi tersebut. Ibu-ibu muda yang sedang hamil, akan ditempatkan di sini selama 1 tahun. Satu modul khusus digunapakai bagi mendidik ibu-ibu ini tentang islam. Ini sebagai persedian untuk ibu-ibu muda ini akan kembali semula membina hidup baru.

Bagi mereka yang tidak mampu menjaga bayi-bayi ini, mereka boleh menyerahkannya kepada keluarga yang mampu untuk memelihara anak mereka ini sebagai anak angkat. Proses pengambilan bayi ini sebagai anak angkat mengikut lunas undang undang. Segala dokumen disediakan dengan lengkap malah keluarga angkat akan ditapis dengan teliti bagi memastikan hanya keluarga angkat yang benar benar layak dan mampu sahaja dibenarkan mengambil bayi bayi ini sebagai anak angkat.

Seluruh keluarga teratakrindu menyokong penuh segala aktiviti yang dianjurkan oleh Raudatus Sakinan. Diharapkan semua sahabat-sahabat saya dapat sama-sama menyokong aktiviti ini.

********************************************************************************************************

Assalamualaikum semua!

MALAM AMAL RAUDHATUS SAKINAH (MARS) 2010

kembali lagi!!


OBJEKTIF MARS 2010:

  1. Menjana dana bagi pengurusan & pembangunan Raudhatus Sakinah seluruh Malaysia
  2. Menjalinkan networking dengan pihak-pihak yang disasarkan
  3. Menekankan keperluan amr ma’ruf nahi mungkar dipertingkatkan dalam masyarakat
  4. Menyedarkan tanggungjawab serta menghargai peranan lelaki yang menjadi pelindung kepada maruah wanita


TEMA:

(Lelaki Pelindung Wanita)
-diambil daripada Surah An-Nisa’:34-


TARIKH:
2 Mei 2010

TEMPAT:
Shah Alam Convention Center (SACC Convec)

KEHADIRAN KHAS:

YTM Tengku Besar Terengganu, Shariffah Nong Assegaff

Penaung Raudhatus Sakinah

(Bonda kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin)

PENAMPILAN ISTIMEWA:

  • Kumpulan Demascus
  • Xifu & Algebra
  • Persembahan anak-anak remaja

JUALAN MEJA:

Platinum – RM5000/meja

Gold – RM3000/meja

Silver – RM2000/meja

Bronze – RM1000/meja

Untuk tempahan, sila hubungi:

Sekretariat Malam Amal Raudhatus Sakinah (MARS) 2010

03-41073379 atau 03-41089669 atau 03-41053159


ABDULLAH OMAR BIN MUHAMAD FUAD
JK Hebahan MARS 2010
Part-time trainer RSM (Kempen ABJZ)


http://ummiroses.blogspot.com
http://www.raudhatussakinah.com

Alih Bahasa
Archives
Networkedblog
Semakin hari semakin sayang
Daisypath Anniversary tickers
Live Traffic Feed