Lumber disc prolapes

Dah lama tak update blog nih. Puncanya aku mengalami kesakitan yang amat sangat.

9/1/2010, aku mula sakit belakang.

1/2/2010, sakitnya telah mula turun ke tulang peha, menyebabkan kesakitan yang amat sangat, sama ada duduk atau pun berjalan.

5/2/2010, sakitnya turun pula ke betis. Betis terasa besar dan kebas.

Antara rawatan yang telah dilakukan.

  1. Klinik, just dapat ubat tahan sakit yang tak mampu menahan kesakitan.
  2. Berurut di Pertama Therapy Zone.
  3. Pusat Rawatan Islam Darul Islam (Ismail Kamus). Lepas dirawat, memang aku mampu berlari bila Adam nak ke toilet dipusat berkenaan. Pagi Jumaat 5/2/2010 tuh pula terasa mcm ada ‘tikus’ yang berlari2 di saluran darahku. Menurut kata my hubby, itu bermakna yang ada makhluk lain cuba keluar dari tubuhku.

Bermula dari 6/2/2010, tiada lagi sebarang kesakitan samada pinggang atau peha, melainkan seluruh tubuhku belah kanan terasa kebas. Merasakan tidak puas hati dgn klinik yang pertama, aku cuma pula mendapatkan 2nd opinion dari Dr di Klinik lain. Kali nih doktor mengesyakki sarafku yang bermasalah dan mencadangkan aku berjumpa dengan pakar saraf.

Aku cuba call Hospital Selayang. Aku dimaklumkan, untuk berjumpa pakar, aku perlu menunggu sebulan lagi. Maaf, bukan aku tidak menyokong Hospital Kerajaan. Kalau boleh memang aku nakkan rawatan di Hospital Kerajaan. Teringat kenangan di tahun 2005. Sekali aku diserang sakit pinggang juga. Aku diberi MC seminggu, rawatan fisioterapi setiap minggu selama sebulan. Lepas sebulan baru aku jumpa doktor. Sakit pun dah hilang waktu tuh. Hasil pemeriksaan pakar hanya menyatakan tulang belakang aku bengkok. Dan kerana aku pernah jatuh terduduk di tahun 2004, maka, kerana itu aku sakit pinggang.

Oleh kerana kebas yang amat sangat, aku mengambil keputusan untuk berjumpa pakar saraf di Damasara Specialist Hospital. Aku diarahkan untuk buat X-ray dan juga CT scan di kepala, sebab aku juga mengadu yang pandangan mata kananku agak kabur. Hasil X-ray doktor mendapati bahawa ada tulangku yang telah menekan saraf dipinggangku yang menyebabkan sebelah dari badanku kebas sepanjang masa. Untuk kesahihan doktor mengarahkan untuk buat MRI keesokkan harinya.

(Gambar dari internet yang lebih kurang sama dengan MRI tulang belakangku)

MRI mengesahkan lagi apa yang telah ditunjukkan oleh gambar x-ray berkenaan. Rawatan awal yang dilakukan adalah rawatan fisiterapi. Selain daripada itu aku diberikan beberapa ubat berkaitan dengan saraf.

Aku bersyukur kerana ramai rakan2 di MRSM dulu yang menjadi doktor. Melalui facebook ada ramai doktor yang memberi nasihat, pendapat dan pandangan. Antaranya yang paling aku pegang adalah nasihat dari Pakar Orthopedic Perdana Speacialist Hospital, Kota Bharu. Katanya penyakitku ini cureable, cuba dulu ubat selama 6 minggu, kalau tak berkesan juga barulah menjalani pembedahan.

Dalam pada itu, aku juga mengambil ubat Homeoparty dari Klinik Dr Hasan Bandar Baru Bangi.

Tolong doakan semoga sakitku ini segera sembuh dan aku tak perlu menjalani pembedahan.